Bawal Cotton Turki: Alah membeli, menang memakai

  • 4 min read

Jika hendak bercakap tentang tudung bawal, tidak dinafikan memang sudah banyak di pasaran. Namun,keistimewaan tudung Bawal Cotton Turkey (BCT) keluaran Bidadarihouse ini terletak pada kualitinya yang tiada tolok bandingan.

BCT merupakan tudung bawal premium yang diperbuat daripada kain kapas diimport khas daripada Turki. Kelembutan tudung bawal ini mudah sahaja menambat hati para hijabi. Tidak hairanlah BCT menjadi tudung signature bagi Bidadarihouse dan berjaya mencecah jualan melebihi 10,000 unit meskipun baru sahaja dilancarkan pada Mac 2018.

Kualiti tinggi jaminan Bidadarihouse

Pihak Bidadarihouse sangat teliti dalam pemilihan material tudung demi kepuasan hati pelanggan. BCT juga tidak terkecuali. Atas dasar ini, Bidadarihouse mampu mengeluarkan produk BCT yang lembut, tidak jarang serta tidak panas. Sekali sentuh sahaja pasti anda akan terkesima. Boleh dikatakan belum ada lagi tudung bawal di Malaysia yang menggunakan material kapas import daripada Turkey. BCT adalah satu-satunya.

Uniknya tudung bawal BCT ini, meskipun kainnya selembut kapas, tetapi masih mudah untuk dibentuk. Tudung yang mudah dibentuk merupakan faktor penting bagi menilai kualiti sesuatu tudung. Maklumlah, siapa sahaja yang suka tudung yang senget-benget lebih-lebih lagi semasa berada dalam sesuatu majlis. Boleh potong mood.Tetapi dengan BCT, hendak dipakai semasa bersukan pun masih selesa terletak elok dan tidak panas.

Bagi mereka yang mempunyai kulit muka sensitif pula, Bidadarihouse memahami masalah anda. Menurut mereka yang pernah mencuba BCT, tudung bawal ini sangat mesra dengan kulit muka. Materialnya yang dipilih dengan elok tidak memberi kesan kepada kulit muka. Tak perlu risau dengan kegatalan ataupun timbul kemerahan. Anda akan kekal selesa meskipun setelah berjam-jam memakai tudung ini.

Cara penjagaan tudung bawal BCT ini juga tidak susah. Meskipun kami menyarankan anda untuk mengikuti tip-tip disini, (link ke artikel ‘Tips Penjagaan Tudung Bawal’), tetapi menurut pelanggan kami BCT masih boleh dibasuh seperti biasa. Namun seeloknya janganlah dicampurkan dengan pakaian yang kasar seperti seluar jeans dan jaket kerana mana-mana tudung bawal sifatnya lembut, jadi tidak sesuai jika dicampurkan dengan kain yang diperbuat daripada material kasar.

Ukuran Turki, ukuran patuh syariah

Tudung bawal BCT ini berbentuk segi empat sama dan hadir dalam dua bidang iaitu bidang 50 dan bidang 60. Ukuran bidang tudung ini mengikut ukuran Turki dimana ukuran standardnya adalah:

Bidang 50             : 120cm x 120cm

Bidang 60             : 140cm x 140cm

Oleh itu jangan terkeliru ya dengan ukuran tudung bawal yang lain. Pastikan anda mengukur dulu bidang mana yang dirasakan sesuai untuk anda sebelum membeli.

Terdapat lebih 20 warna BCT yang terlah dikeluarkan dan oleh kerana permintaan tudung ini sangat tinggi, pihak Bidadarihouse merancang untuk mengeluarkan lebih banyak lagi pilihan warna. Untuk sementara ini, warna green jade seperti dalam gambar ini merupakan warna yang paling laris dan menjadi permintaan ramai. Cantik dan manis, kan?

#bidadarifans manis berbawal cotton Turki

Jika anda berminat untuk melihat warna-warna serta harga yang ditawarkan, boleh sahaja layari https://bidadarihouse.com/product-category/bct/. Jangan rambang mata pula melihat variasi warna yang ada. Kalau anda berada di Lembah Klang dan ingin merasa sendiri kelembutan tudung bawal BCT ini, anda boleh lawati butik mini Bidadarihouse yang terletak di Petaling Jaya.

Testimoni

Pelanggan 1

“Tak gosok pun menjadi awning tudung tu”

Pelanggan 2

“Mula-mula ingat lembut susah nak bentuk tudung tu. Tapi bila pakai senang sangat nak bentuk. Tak jarang pun. Suka sangat”

Pelanggan 3

“Terus bukak dan happy gila dengan material dia. Just gosok dekat bahagian muka je sebab kena lipat. Tak payah tiup pun terletak cantik dekat muka takde gelembung-gelemebung”

Pelanggan 4

“Love the color and the texture. Now risau dengan diri sendiri sebab dah jatuh cinta sangat-sangat dengan BCT”

Pelanggan 5

“Saya pakai untuk konvo saya semalam. Memang best sangat, on point je walaupun pakai dengan mortar”